Kejar Impian 2019

Berimpian itu percuma.

Orang yang berjaya dan kaya di dunia ini memulai perjalanan kejayaan dengan impian.

Tiada impian atau cita-cita seolah-olah tiada matlamat kehidupan. Perjalanan hidup menjadi hambar dan agak kekosongan. Tiada matlamat akhir, kurang motivasi dan akan menjalani kehidupan seperti biasa. Seperti tahun-tahun sebelum ini.

Tanya pada diri. Kalau sudah pasang impian untuk tahun 2019, betul ke aku benar-benar berimpian?

Dalam kebanyakan manusia yang berimpian, boleh bezakan seseorang itu benar-benar berimpian atau sekadar berangan-angan.

Macam mana nak kenal seseorang itu benar-benar berimpian?

TINDAKAN

Ya, tindakan.

Contohnya kita berimpian untuk beli sebuah kereta ARUZ Perodua pada hujung tahun 2019. Kita sebut di mulut dan membayangkan akan memperoleh kereta tersebut pada hujung tahun 2019. Sekali sahaja kita sebut dan sekali sahaja kita membayangkannya ketika sedang bersemangat menyenaraikan impian di awal tahun 2019 . Seminggu dan sebulan selepas itu dan bulan-bulan seterusnya, impian semakin pudar di ingatan dan akhirnya kita lupa terus apa yang pernah kita impikan.

Ini yang membezakan orang yang berjaya dengan orang yang gagal. Sekali kita berimpian, tindakan perlu selari dengan impian. Kita perlu tegas dengan diri sendiri. Perancangan yang sudah  sudah dirancang perlu dilaksanakan. Apa yang perlu dilakukan setiap hari, setiap minggu atau setiap bulan. Apa pula strategi B yang perlu dilakukan jika perancangan A tidak berjaya dilakukan.

So. Plan-Action-Focus

Seorang Master dalam shaklee iaitu Master Ainul Shahrazad, founder The Walking Beauty said  “Dream big because only by dreaming BIG, you’ll move. Else you’ll be in comfort zone. Orang yang tiada impian ibarat orang mati”

I’m agreed. Dan kerana itu saya visualise kan impian dan cita-cita saya.

Fokus tahun 2019 saya ada empat. Ramai orang berjaya kata ” Percaya Sebelum Berjaya”.

Jadi, impian saya ni saya caption kan seolah-olah saya dah berjaya capai. Allah menurut sangkaan hambaNya. Bertambah yakin dan percaya kita dengan impian kita akan tercapai pada tarikh dan waktu sekian, inshaALlah Allah mudahkan.

1. Alhamdulillah, terima kasih Allah bagi  Seha buat full Detox Shaklee pada bulan April  2019 > Konsisten Set Cantik Shaklee pada bulan Mei 2019 onwards sampai hari tua.

Permulaan perjalanan sebagai seorang beautician spa TWb menyebabkan saya ter’tahu’ supplement yang super selamat dan super berkesan. Terus jatuh cinta dengan Shaklee dan nak ambil secara konsisten.

2.  ALhamdulillah, terima kasih Ya Allah Engkau permudahkan seha selesaikan hutang sedikit demi sedikit dan pasti akan berakhir semua hutang sebelum tirai tahun 2019 berlabuh.

photo_2019-03-06_21-50-38
Hampir setiap rakyat Malaysia ada hutang. Hutang belajar, hutang peribadi dan lain-lain. Urus kewangan , hidup pasti lebih tenang.

3.  Ya, ini yang sangat saya doa pada pencipta. Saya nak bagi lebih pada ibu ayah. Manusia yang tidak berkira untuk anak-anak sejak saya kecil sampai saya dah berumur 29 tahun. Masakan saya mampu untuk merasa berkira dengan mereka. Touching pula malam-malam ni.

photo_2019-03-06_21-49-53
Keramat hidup. Tiada mereka tiada bermakna kehidupan. Ibu bernama Norkhtijah Maskon 54 Tahun dan Ayah Mohamed Sahid Ruslan 62 Tahun

4. Ya Allah, alhamdulillah naik kan seha rank up Master Coordinator pada tahun Disember 2019 dan akan celebrate Master Coordinator pada Jan/ Feb/ Mac 2020.

photo_2019-03-06_21-50-04
Tidak salah berimpian. GIgih ber adobe photoshop nak visualize saya akan naik rank Master Coordinator. Apa yang ada dalam mina, itu yang akan kita peroleh. InshaAllah, Seha akan jadi master coordinator in Dis 2019. Amin

Banyak lagi impian saya tapi saya panjangkan sampai tahun 2020. Nak tahu, kita sambung entry impian 2020 pula. Hihi

Stay tune!

Nor Annasehah Mohamed Sahid
FKK
Fokus dan Kerja Keras

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s