KISAH KEJAYAAN SAYA DALAM SHAKLEE

Assalamualaikum. Hai semua. Salam penuh kegembiraan.

Hari ini saya nak kongsikan kisah kejayaan saya dalam Shaklee. Setiap kejayaan bermula dengan satu kebangkitan. Ada cerita bagaimana saya mengenali Shaklee.

Saya mula kenal Shaklee sejak kenal TWB. TWB ni adalah satu projek untuk bantu wanita di luar sana jana pendapatan melalui spa bergerak menggunakan produk Shaklee sepenuhnya.

twb png
PROJEK SPA TWB yang menjadi asbab saya kenal Shaklee dan mengubah hidup saya

Sebelum ini, tahun 2010-20017 saya stay di Bangi. Dalam tempoh tersebut, banyak masalah yang saya alami. Sedikit demi sedikit menyebakan saya alami depresi yang kuat. Saya tertekan dengan pelbagai pekara. Kewangan, urus kehidupan, penampilan diri, kejayaan diri , kemampuan diri, masalah memipin kumpulan, tidak rasa bahagia, kuat marah, menyendiri, benci diri sendiri dan sebagainya.

Ya. Itulah saya yang dahulu. Kesemua asbab ni menyebabkan saya menjadi orang yang sangat bebeza dari diri saya yang dahulu. Saya tidak menjadi diri saya sendiri. Saya alami kemurungan dan sangat tertekan. Asbab ini juga menyebabkab saya selalu menangis tanpa saya sedar, muka saya breakout, kusam dan teruk, saya hampir hantuk kepala di dinding sebab sangat tertekan, saya terkena penyakit Bell’s Palsy hampir sebulan. Ada juga sahabat yang menegur saya

” Seha, kenapa awak lain sekarang ni”
“Seha, awak dah tak macam dulu”
“Seha, awak ok ke?”


Inilah keadaan saya pada waktu depress dan kemurungan.

Berdoa pajang dan berharap sangat Allah keluarkan saya dari masalah. Sangat tertekan dan depress. Terasa macam tak nak hidup pun ada. Rasa sangat useless dan tak ada apa-apa harapan. Rasa diri ini seperti lebihan di bumi sendiri. Namun, saya tetap minta Allah tunjuk dan beri saya jalan keluar. Saya yakin Allah dengar doa saya.

Allah Maha mendengar, sedikit demi sedikit Allah bagi jalan keluar.

Awal tahun 2018, saya kuatkan diri berpindah dari Bangi. Saya perlu keluar dari zon lama. Saya perlu cari sesuatu yang baru. Saya paksa diri pindah dari tempat yang saya bina banyak kenangan manis. Awal tahun itu juga Allah atur saya pindah ke Klang dan mengajar di sana (Guru Kafa).

Sebelah pagi saya mengajar, sebelah petang saya perlu fikirkan part-time apa yang saya boleh lakukan. Lagi sekali Allah takdirkan saya terjumpa satu post mengenai kerja part-time. Part-time sebagai beautician dibawah  TWB. Post tu saya terbaca di FB oleh mentor saya yang sekarang, Effective Senior Supervisor Izaty Rosli.

Dalam keadaan tekanan dan kemurungan saya masih tak stabil dan diri saya yang tak sesuai dengan pekerjaan sebagai beautician spa pada waktu tu, saya tak fikir panjang.

Yang saya nampak spa bergerak TWB :
HIGH DEMAND
MUDAH
WANITA SANGAT SUKA
FAST-TRACK UNTUK JANA INCOME LUMAYAN

Saya terus ambil kursus spa pada Mei 2018 dan saya mula jalankan spa bergerak. Melalui TWB  saya kenal Shaklee kerana dalam spa bergerak TWB  menggunakan sepenuhnya produk Shaklee. Sambil ber spa, saya dan team akan diikenalkan dengan kepentingan setiap produk yang digunakan samada dalam bisnes spa atau harian.

MashaALlah, makin lama saya makin jatuh cinta dengan Shaklee. Lain daripada yang lain. Hebat betul kajian yang Shaklee jalankan.

photo_2019-05-17_12-25-41
Saya sedang buat service spa
photo_2019-05-17_12-25-42
Tengah tunggu masker kering

Sambung mengenai beautician spa tadi.

Diikutkan ada banyak perkara yang boleh block saya untuk ada hasrat buat spa bergerak. Saya bukan orang yang berhias dan tak jaga sangat penampilan diri, badan agak besar, muka berjerawat teruk (asbab stress / depress/ kemurungan) dan bukan orang yang fanatik dengan kecantikan. Saya jenis biasa-biasa sahaja. Tapi benda ni tak block minda saya sebab nampak PELUANG.

Peluang apa? Peluang untuk jadi KAYA DENGAN CEPAT dan NAK UBAH DIRI JADI MANUSIA BARU SEMULA.

Ya nak kaya cepat kaya bukan sebab diri saya, sebab
– mak ayah
– sebab keluarga
– nak infaq banyak-banyak
– nak bayar hutang belajar

Ya nak ubah diri sebab dulu saya yang dahulu. Seorang yang suka merendah-rendahkan diri sendiri sedangkan saya juga manusia hebat yang Allah cipta.
– saya nak upgrade penampilan diri
– saya berani berimpian
– saya nak berjaya
– saya nak pandai bercakap
– saya nak diri saya semula

Masa tu saya join yang RM1,999. Saya tekad pinjam duit daripada adik saya untuk bayar yuran spa. Alhamdulillah dalam 2 bulan lebih saya dah balik modal. Buat secara part-time sambil mengajar.

Saya semakin seronok dan lebih tenang dengan apa yang saya buat.

Everyday leaders TWB dan Shaklee bagi kata-kata semangat dalam support group. Semua kata-kata semangat tu menghidupkan jiwa saya semula. Seolah-olah memberi kehidupan yang baru pada saya.

Alahamdulillah, saya selalu pegang instant cash hasil spa. Pernah satu hari saya dapat rm400 lebih. Saya semakin seronok dan suka dengan apa yang saya buat.

photo_2019-05-17_11-58-13
Hasil income spa sehari

Tak toleh belakang, saya buat sungguh-sungguh. Apa yang mentor cakap saya ikut sahaja. Peluang dalam TWB saya pulun, peluang dalam Shaklee pun saya pulun.

Alhamdulillah, selepas beberapa bulan join TWB dan Shaklee, banyak kejayaan yang saya capai ( Kejayaan yang cukup besar buat saya bagi seorang manusia yang pernah lalui dan keluar dari episod gelap). Antara yang saya nak kongsikan:

 Kejayaan 1

Capai instant cash hasil spa hampir setiap hari

 Kejayaan 2

✅ muka saya makin pulih. Saya pakai supplement Shaklee yang dicadangkan. YOUTH-ESP-VITAMIN C

photo_2019-05-27_13-57-00
Muka dulu boleh nampak muka tertekan dan depress. DUlu jerawat, kusam dan berminyak. Sekarang alhamdulillah, muka dah semakin ok. Hati pun dah sangat gembira dan makin tenang.

Kejayaan 3

✅ Saya capai kpi untuk jadi certified beautician trainer

photo_2019-05-17_11-59-04
Yeay. Qualified sebagai beautician trainer dibawah TWB

 Kejayaan 4

✅saya lahirkan 6 orang beautician baru bawah saya.

photo_2018-09-25_15-03-11
Anak Spa dari Johor. Anne.

 

photo_2019-05-17_11-59-24
Anak Spa dari Klang. Sharifah Abdul Samad. Sorang lagi kakak dia. Tiada dalam gambar.
photo_2019-09-13_21-36-15
Anak Spa dari Sungai Besar, Selangor. Izzah Samudin.

Tak jumpa pula lagi 2 gambar anak spa. Dah jumpa nanti saya edit.

 

 Kejayaan 5

✅berjaya branding kan diri sebagai seorang beautician spa (Jumpa kawan, diorang siap sebut nama spa saya😂

 Kejayaan 6

✅dapat bonus leadership Shaklee

photo_2019-09-17_23-32-22
Salah satu hasil bonus Shaklee. Instant Cash dapat, untung runcit dapat, bonus Shaklee pun dapat. Alhamdulillah

 Kejayaan 7

✅dapat balik modal yuran kursus

 Kejayaan 8

✅berjaya buat sharing tentang kecantikan dengan adik2 ipt di UKM

photo_2019-04-26_21-22-49
Saya bersama adik-adik pelajar UKM Bangi. Sharing mengenai penampilan diri.
photo_2019-04-26_21-23-03
Ambil kesempatan bergambar di Fakulti Kejuruteraan UKM selepas sharing bersama pelajar UKM

 Kejayaan 9

✅ saya berani berhias.

photo_2019-04-26_21-19-22
Dalam program Master Celebration mentor hebat saya. Master Ainul SHahrazad dan Master Athierah

 

 Kejayaan 10

✅ Saya dapat group support super power.
Group Golden Circle- Mentor saya sendiri Senior Supervisor Izaty Rosli
Group SOUL- Mentor dalam group besar Master Athierah
Group TWB-Mentor dalam group SPA & Shaklee Master Ainul Shahrazad
Group JUTAWAN- Giant group yang menaungi semua group yang ada. Master Laila

3 insan yang saya sebut di atas adalah orang yang sangat saya sayang, hormat dan sanjungi. Mereka adalah Master Ainul Shahrazad, Master Athierah dan Senior Supervisor Izaty Rosli.

Asbab mereka saya capai Senior Supervisor pada Mei 2019. Ranking ke-2 dalam Shaklee. Dan asbab mereka juga saya capai perkara yang jauh lebih saya hargai dan akan ingat sampai bila-bila. Saya jadi manusia yang baru. Manusia yang ada impian. Manusia yang berani ke depan. Manusia yang ada nilai.

huhu. sedih rasa. Sedih dan terharu Allah susun cantik perjalanan.

Tahu tak, saya dapat semua benda ni dalam keadaan depress dan murung saya masih berbaki lagi dalam 50%. Belum hilang sepenuhnya tapi disebabkan terlampau yakin dengan team TWB dan Shaklee, saya jalan buat tak tahu je. Saya fokus. Saya tak nak layan perasaan negatif tu.

Makin lama saya berada dalam team TWB, saya nampak ‘nilai’ dalam diri saya. Saya dah mula hargai diri sendiri. Saya rasa saya ada ‘nilai’. Saya dah mula rasa ada Allah di sisi saya.

Kenapa saya nak terus berada dalam TWB dan Shaklee .Kenapa saya nampak TWB boleh bantu saya? Sebab bisnes, income dan jadi kaya dengan cepat tu memang dah confirm, ada lagi satu sebab lain.

Sebab saya nak belajar menjadi menusia yang baru semula.

Manusia yang macam mana?

1. Saya nak belajar hargai jasad yang Allah bagi pada saya dan nak hargai Allah adalah Tuhan saya. Kawan TWB pesan pada saya, ” kalau kita percaya pada diri sendiri, kita tak percaya pada Allah”. Allah…Kata-kata sangat hidupkan lagi jiwa saya.

2. Saya nak lawan diri saya yang lama (tak yakin pada diri, pandang rendah pada diri sendiri, tak pandai bercakap dll)

3. Saya nak jadi muslim yang berjaya dan kaya. Dan banyak bantu orang lain jadi kaya

Akhir kalam. Banyak sangat yang saya telah capai dalam TWB dan SPA. Doakan saya berjaya capai Coordinator hujung tahun ini dan capai Master Coordinator tahun hadapan.

Annasehah
019-2292420
Jom ubah hidup!

 

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s