5 Sebab Kenapa Orang Muda kena Mulakan bisnes dari awal

Assalamualaikum!

Apa khabar korang hari ini?

Semoga korang sentiasa bersemangat dan enjoy dengan apa yang korang lakukan sekarang.

Dalam entry kali ini topik yang best Seha nak kongsi. Kenapa usia muda kena mulakan bisnes lebih awal. Sebenarnya dalam perniagaan tidak ada istilah terlalu awal atau terlalu lambat dalam perniagaan.  Ianya adalah pilihan. Pilihan untuk berjaya. Tapi pilihan itu yang akan menentukan siapa korang masa depan.

Jika korang mula berniaga ketika usia muda, tahniah dan lakukan sehingga tamat!

Jika diusia agak lewat korang mula berniaga, ianya juga tidak ada msalah. Tahniah. Terus lakukan hingga tamat!

Yang penting, korang ada keazaman untuk mengejar impian dan ingin menjadi orang berjaya.

Namun begitu, ada banyak kelebihan yang Seha nak ‘highlight’ kenapa  orang muda kena mulakan bisnes dari awal. Ada 5 sebab.

Sebab 1
Kurang Komitmen

Di usia muda korang ada banyak masa dan kurang komitmen. Kalau mula berniaga ketika belajar, korang tak ada komitmen lain selain bersungguh dalam pelajaran. Selebihnya boleh fokus  perniagaan. Waktu belajar, ambil peluang untuk cari perniagaan yang memberi kepuasan pada korang. Yang simple pun tak apa. Contoh jadi agent, berniaga online atau apa sahaja. Yang penting korang mulakan dari awal sementara tak ada komitmen yang banyak.

Kalau belum berumah tangga, korang tak terikat dengan komitmen sebagai isteri/suami, sebagai ibu/ayah, sebagai menantu/anak. Banyak masa yang boleh di manfaatkan untuk berniaga kerana bila sudah berumah tangga, waktu akan menjadi sedikit terhad. Korang terpaksa curi-curi masa dan perlu berjaga sehingga larut malam untuk uruskan perniagan.

Maka usia muda adalah masa yang sangat sesuai untuk memulakan perniagaan. Dalam perniagan, terlalu banyak ilmu dan perkara yang perlu diterokai. Masa 24 jam kadang- belum tetntu mencukupi jika benar-benar sirius dalam perniagaan.

photo_2019-09-13_10-06-10

Kerana Seha berniaga Shaklee, Seha nak kongsikan contoh yang dekat dengan Seha orang yang dah rasa kelebihan Shaklee ini bila mula berniaga pada usia muda.

Ini mentor Seha dalam bisnes Shaklee. Master Athierah.

Master Athierah mula berniaga Shaklee waktu belajar Law dekat universiti lagi. Awal 20-an dah start berniaga. Sekarang umur master 30 tahun. Muda lagi. Nak tahu apa yang kejayaan master?

Ini komitmen master setiap bulan. Hasil daripasa bonus Shaklee sahaja. Master Athierah mampu bayar semua ni dengan income bulanan Shaklee.

Bayar Rumah RM1600
Bayar Kereta RM3000
Bayar Bibik RM1000
Byar Kereta ibu RM550
Setel pinjaman pendidikan.

Boleh menangis tengok. Kau orang muda dah ada simpanan 10k ke belum?

Tepuk dada tampar muka, bagi sedar sikit. Aha!

Sebab 2
Makin Matang dan berpengalaman

Pengalaman tidak mampu dibeli. Ia memerlukan masa, tenaga dan pengorbanan untuk dihasilkan dan dipelajari. Andai pengalaman mampu dibeli, sudah pasti orang akan menjadi angkuh. Sebab apa? Sebab pengalaman tu sendiri akan mengajar korang lebih berusaha, sabar, tekun, fokus dan banyak bergantung pada Allah. Andai saja  pengalaman boleh dibeli di kedai dan jadi jutawan, pap! Mesti penuh kedai tu.

<Pijaklah di bumi yang nyata>

Pengalaman memakan masa. Dari satu tahap ke satu tahap yang lain. Seperti bayi yang baru dilahirkan, perlu melalui proses pembesaran untuk menjadi kanak-kanak, menjadi orang dewasa dan ke fasa seterusnya. Bukan lahir terus pandai berjalan. Allah tak akan jadikan seperti itu. Mesti belajar dan rasa dahulu bagaimana susah dan senangnya kehidupan.

Dengan pengalamalah  korang akan belajar kesalahan dan korang akan perbaiki. Salah cara ini, korang akan cepat-cepat cari cara lain. Masa usia muda, semangat korang sangat berkobar-kobar. Korang tak akan cepat mengalah. Korang akan terus buat juga sampai korang puas dan berjaya.

Pengalaman adalah short cut untuk berjaya. Tanpa pengalaman korangg akan cepat berputus asa dan cepat nak bungkus beg dan berhenti berniaga.

Sebab 3
Kumpul Aset Lebih Awal

Bila korang berniaga di usia muda, korang banyak masa untuk explore dan banyak masa untuk belajar.  Korang dapat banyak peluang untuk ekses ilmu, ekses maklumat, ekses guru yang sepatutnya korang follow dan banyak lagi peluang lain.

Korang boleh nampak jelas apa yang sepatutnya korang buat dan apa yang korang akan dapat bila buat benda tu. Korang ada banyak sangat masa untuk dapatkan apa yang korang impikan.

Seha bagi contoh kelebihan Shaklee. Ni korang boleh dapat waktu usia muda. Bukannya korang join Shaklee, umur 50 tahun baru dapat manfaat ni. Kalau dalam syarikat, nak dekat pencen baru korang boleh rasa nikmat rasa duit banyak, rumah besar, kereta besar tapi dalam perniagaan Shaklee korang boleh dapat lebih awal.

Korang mula awal, korang dapat awal. Korang mula lambat, korang dapat lambat.

Apa kelebihan perniagaan Shaklee? Jom nak kongsi.

 1) Trip Percuma
Trip percuma ni best sangat tau. Master pernah share. Siapa yang dapat trip percuma shaklee, akan dilayan seperti vvip. Flight percuma, Hotel 7 bintang, dapat duit belanja, penginapan ditaja, dapat free gift dan banyak lagi.

Tahun 2020, akan ada trip ke Korea dan Switzwerland. Bestnya!

360ed2b1e50b8c2df60e8868fb5e645e
Bonus Trip Shaklee


2) Bonus Kereta

Bonus kereta dapat dalam bentuk cash. Tak nak beli kereta boleh buat beli benda lain. Simpan ke, labur ke. Ikut suka korang.

Berapa bonus kereta?

Meh Seha nak share.

photo_2019-09-10_00-55-43
Bonus Kereta Shaklee
Contoh Car Bonus

3) Summary 10 Bonus Shaklee
Dalam shaklee, ada 10 bonus yang korang boleh kejar. Unlimited income. Korang kerja lebih, korang dapat lebih.

Ini contoh ahli shaklee yang berjaya kaut semua bonus yang shaklee offer. Belum lagi bonus kereta dan trip percuma.

BISNES-ONLINE-DARI-RUMAH-BISNES-SHAKLEE-BISNES-ONLINE-MODAL-RENDAH-9
Contoh 1
47393230_505232556653535_339700169010315264_n
Contoh 2

Mata korang dah juling ke belum? Hehe. Gurau.

Tapi ini lah realiti mereka yang jalankan bisnes Shaklee secara sirius. Korang akan dapat banyak kelebihan Shaklee.

Jadi bijak. Ceburi perniagaan di usia muda, korang mampu kumpul simpanan dan buat pelaburan di usia muda. Dah tua nanti tuai sahaja hasilnya tanpa perlu lagi bekerja.

Join shaklee usia muda, dapat bonus beli aset kekal (Beli tanah, beli rumah) yang boleh menjamin masa depan untuk diri korang, untuk mak ayah, untuk keluarga korang dan untuk orang yang korang sayang.

Supaya korang tak jadi orang yang menagih simpati pada masa kelak.

Sebab 4
Fast Track Untuk Berjaya

Jadi orang bijak wahai anak muda. Ambil pengalaman orang lama, copy paste! Buat seperti mereka. Kalau mereka melalui pengalaman jatuh bangun dan memakan tahun untuk berjaya, korang analisa cara mereka berniaga dan kutip apa yang sepatutnya korang perlu buat. Apa kesalahan yang tak patut korang ikut dan apa perkara yang patut korang buat.

Jumpa mereka, dekati mereka, tiru kehidupan mereka dan belajar dari mereka. Korang akan belajar banyak perkara.

Dalam Team Jutawan (team Shaklee Seha), ada 10 master yang telah capai income 4-6 angka, travel sana-sini, selalu dapat free trip, bonus kereta dan sebagainya. Kalau korang join team jutawan, ramai yang korang boleh follow bagaimana mereka berniaga. Not  reallyhard but very smart. Berniaga 1 tahun, dah boleh capai RM50k pertama.

Bestnya!

Sebab 5
Kos Bisnes Yang Rendah

Zaman sekarang adalah zaman IT. Zaman internet. Zaman handphone sentiasa di tangan. Orang muda lebih arif dan lebih update teknologi zaman sekarang. Orang muda lebih mudah dan tahu cara menggunakan teknologi media yang ada untuk reach prospek atau customer. Semuanya zero cost, zero energy. Sebut sahaja Facebook, Instagram, Twitter, Flicker, Vlog, blogging dan apa sahaja medium yang ada, orang muda pasti lebih maju dan laju dengan kemudahan ini.

Bayangkan zaman dahulu sebelum ada FB, e-commerce dan yang lain ni ada, betapa susahnya mereka nak reach customer, close sales, jual produk dan sebagainya. Perlu ketuk pintu ke pintu, direct selling, edar fliers, poster dan sebagainya. Tenaga, wang dan masa banyak digunakan. Ternyata berbeza dengan zaman sekarang.

Kelebihan shaklee dalam urusan jual beli produk sangatlah mudah. Ia memudahkan korang sebagai pengedar shaklee dan ia memudahkan customer membeli produk daripada korang.

Korang tak perlu simpan stok shaklee, tak perlu hantar postage, tak perlu bungkus barang dan sebaginya. Ianya semudah A,B,C dan di hujung jari. Buka Shaklee2u.com. Shopping barang yang customer nak dan buat payment. 1-2 gari, pon! pon! Gdex depan rumah dan dah dapat barang.

Mudah kan.

jana-pendapatan-dengan-shaklee

Ambil peluang berniaga di usia muda. Yang masih bekerja tetap, teruskan kerja. Seha tak suruh berhenti kerja tapi korang dah boleh start buat part-time yang korang suka. Sebab korang tak boleh aspect apa yang akan jadi 10 tahun akan datang. Mungkin korang akan bosan kerja dalam pejabat dan nak cari mood baru. Mungkin syarikat alami masalah dan korang salah seorang yang akan dibuang kerja. At least bila dah ada backup plan buat part-time masa kerja, bila hantar surat resign dah tahu nak buat apa. Sambung je part-time yang korang buat dan all-out kat situ.

Jangan tunggu masa fikir lama sangat. Lakukan perubahan sekarang. Korang ada mak dan ayah yang semakin dimamah usia. Berapa banyak sangat lah duit bulanan yang korang boleh bagi mak dan ayah. RM50 sebulan, RM100 sebulan ke tak ada langsung bagi?  Huh!

Mak ayah bila dah berusia nak selalu korang ada dengan diorang. Tak kan umur korang dah banyak, masih duduk di kerusi office siapkan dateline sampai bawa kerja balik rumah. Bukan syarikat korang pun! Sampai mak ayah di kampung pun korang tak sempat nak jenguk nak telefon. Berapa banyak tempat yang korang dah bawa mak ayah korang berjalan-jalan dengan korang. Fikir-fikirkan.

Buat sehabis baik di usia muda. Capai semaksima mungkin apa yang korang boleh capai. Don’t just follow the flow. Do something. Berimpianlah!

Jom Seha tunjuk cara capai TIME FREEDOM dan FINANCIAL FREEDOM dengan perniagaan Shaklee. Banyak sangat kelebihan shaklee yang korang boleh dapat.

Annasehah
019-2292420
Bangkit anak muda!

One Comment Add yours

  1. Best-best! Syukur bersam team Jutawan skrg. Terima kasih kak seha bawa ana join bisne ni.

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s