Detox Bukan Sekadar Untuk Kurus

Assalamualaikum.

Hai semua sahabat Seha sahabat hebat!

Semoga anda semua sentiasa berada dalam rahmat dan kasih sayang Allah. Amin ya Rabb.

Ok kali ini Seha nak sentuh topik detox. Entry sebelum ni Seha ada share Kenapa Anda Perlu Detox Jika Nak Kurus dan Success Story Jom Detox Jutawan – 5 Testimoni Detox Jutawan . Kali ini masih berkaitan detox.

Ramai yang percaya dan yakin bahawa fungsi detox ni adalah untuk kurus sahaja.

Betul ke itu sahaja fungsi detox?

Sebenarnya tidak.

Jadi,apa sebenarnya fungsi detox? Detox ialah satu cara bagaimana kita nak kurangkan toksik yang berlebihan dalam badan dan dalam masa yang sama nak mengoptimumkan fungsi organ detox dalam badan kita. Detox ni umpama kita bersihkan diri kita. Service bagi elok semula, then organ boleh berfungsi lebih optimum.

Penting sangat ke untuk detox?

Sangat penting.

Cuba kita lihat persekitaran kita. Gaya hidup kita, aktiviti seharian yang kita lakukan, makanan yang kita makan yang kebanyakannya nutrisi rendah, tekanan hidup yang memberi corak yang tak best dalam kehidupn kita, persekitaran dan pencemaran. Faktor-faktor sebegini mendorong kepelbagaian masalah kesihatan dan meyebabkan banyak toksik tersimpan di dalam badan.

Oleh kerana itu, sangat penting setiap kita untuk buat detox.

Ada 8 fungsi khusus detox yang Seha nak share.

Fungsi 1
Pengurangan Berat Badan

fungsi 1

Dalam badan kita ada lemak. Ada lemak baik dan lemak tak baik. Lemak tak baik ni bila banyak dalam tubuh badan kita akan mengundang penyakit yang lain. Gen pemberi signal adalah yang bertanggungjawab menjaga kilang lemak dalam tubuh badan kita. Apabila terlalu banyak toksik dalam badan, ia menyebabkan gen pemberi signal tidak mampu berfungsi dengan baik. Toksik akan memberi kesan buruk kepada keupayaan tubuh secara semula jadi untuk membakar lemak. Kesannya lemak akan terkumpul dalam tubuh. Semakin lama lemak-lemak baru yang lain akan terus menempel pada lemak yang sedia ada. Akhirnya salah satu fungsi lemak sebagai penghasil tenaga dan penghasil hormon tidak mampu dihasilkan dan lemak kian bertambah dalam badan.

Jadi, perlunya pembuangan toksik dalam badan agar lemak tak terkumpul!

Fungsi 2
Melegakan Rasa Kembung & Masalah Sembelit (Kolon Lebih Sihat)

fungsi 2

Usus ( termasuk kolon) adalah satu bahagian dalam badan yang berfungsi dalam sistem penghadaman. Ia berfungsi membawa sisa makan daripada tubuh badan kita. Namun begitu sebahagian makanan yang kita makan menjadi sisa daripada makanan yang diproses, kurang serat, telah diperhalusi dan lemak yang tidak sihat ini boleh terkumpul secara perlahan dan mengakibatkan ianya tersumbat dalam sistem badan kita. Ia juga menyebabkan pengumpulan toksin beraku. Kesannya, berat susah untuk turun dan seseorang itu akan mudah dihinggapi penyakit kanser kolektrum.

Bagaimana ingin memastikan kolon anda bersih dan sihat, detox adalah jawapannya. Dengan cara detox, kolon dapat dibersihkan, dikosongkan dan boleh berfungsi dengan baik. Detox juga mampu mendorong kepada sistem pencernaan yang baik serta pembuangan sisa dan bahan.

Fungsi 3
Memberi Tenaga

fungsi 3.jpg

Ini adalah organ-organ detox. Colon, kidneys, liver, lungs, Skin, lymphatic (Kolon, buah pinggang, hati, paru-paru, kulit, limfa). Banyakkan organ detox dalam badan. Hebatnya Allah cipta organ ni dalam badan kita supaya kita hidup terus sihat.

Organ-organ ini melakukan detox dengan sendirinya bagi membuang  toksin. Sebanyak mana toksin yang ada dalam badan, sebanyak itulah tenaga yang diperlukan oleh organ-organ ini. Kekurangan tenaga akan menyebabkan kita rasa cepat letih dan ia tanda badan kita banyak toksin.

Berdetox lah. Ia sangat membantu dan menyokong organ mengeluarkan toksin. Kesannya setelah detox, kita akan miliki badan yang sihat, bertenaga dan bebas melakukan perkara yang disukai.

Fungsi 4
Mengurangkan Nafsu Makan

Fungsi 4Food craving. Suka makan. Suka makan dan susah berhenti makan. Pantang nampak makanan pasti kita nak makan.

Dengan berdetox, kita membersihakan tubuh badan dari toksin dan menggantikannya dengan makanan bernutrisi tinggi. Kesannya ia selalu memberikan signal kepada minda untuk menginginkan makanan yang sihat dan bernutrisi.

Kita akan lupa kepada makan manis, kafein, makanan bergula, dan berlemak. Ianya suatu kegembiraan. Yeay!

Fungsi 5
Kulit Lebih Cantik

fungsi 5

Dalam banyak-banyak organ dalam bdan, kulit adalah organ yang paling besar. Apa fungsi kulit dalam detox? Ia sangat membantu keluarkan toksin dan kotoran melalui peluh.

Jika toksin terlalu banyak dalam badan, ia menyebabkan kelenjar peluh dipenuhi toksin. Ia mendorong kepada kepelbagaian penyakit kulit yang tak sihat. Contohnya jerawat. Jika toksin terkumpul lebih cepat dari dibuang, lebih tinggi jumlah toksin berkumpul dalam darah.

Sekali anda cuba detox, ia akan membuang toksin dalam badan daripada terkumpul. Hasilnya ia mengembalikan seri muka pada muka dan kesihatan kulit yang ketara.

Best kan muka kita flawless dan bersih. Siapa yang tak nak.

Fungsi 6
Mengurangkan Tekanan

fungsi 6Apa kaitan antara detox, toksin dan tekanan? Ada kaitan ke?

Apabila badan kita dipenuhi toksin, minda akan turut tertekan. Secara saintifiknya macam mana ia berlaku? Apabila toksin terbina dalam badan, kemampuan untuk menyerap nutrein akan menurun. Badan akan mengeluarkan hormon “Kortisol” yang memberi maklumat kepada minda ” Apa masalah  dengan badan ini? “.

Kalau kita segera melakukan detox, toksin keluar dari badan ia membitahu kepada ” Kortisol” supaya supaya bertenang dan biarkan tubuh badan bebas dari tekanan. Pembersihan juga akan memperbaiki ketajaman minda dan kita boleh tidur dengan lebih nyenyak.

Fungsi 7
Menguatkan Sistem Imunisasi

fungsi 7Oleh kerana point 7 berkaitan sistem imunisasi, kita boleh kaitkan dengan radikal bebas. Apa itu radikal bebas? Ianya sejenis elektron yang tidak ada pasangan. Ia bersifat tidak stabil dan sangat reaktif. Ia mampu menyerang molekul dalam badan seperti lipid, asid nuklid sebagai sasaran utama yang ada pada sel. Kesannya badan akan terdedah kepada penyakit merbahaya seperti kanser.

Dimana ia boleh didapati? Radikal bebas boleh berada di merata tempat dan persekitaran seperti sinat matahari, radiasi, asap rokok, asap kenderaan, pencemaran, makanan yang dimakan, minuman yang kita minum dan sebagainya.

Bahayanya radikal bebas yang menghinggapi badan akan menyerang sistem imuniasi badan. Badan akan mudah diserang penyakit. Tambahan itu, kandungan toksin yang banyak dalam badan akan membiakkan lagi radikal dalam badan. Kesannya badan akan semakin rendah imun dan tubuh badan mudah dapat keradangan.

Bantu badan anda fokus mempertingkatkan sistem imun.

Say No to radikal bebas!

Say No to toksin!

Fungsi 8
Tidur Lebih Lena

fungsi 8.jpgToksin seperti besi berat yang ada pada tubuh akan menggangu keseimbanagn sel normal dan menyebabkan radikal bebas terhasil dengan mudah.

Radikal bebas ini juga akan menyebabkan hormon tidur terganggu samada meningkat atau menurun. Kesannya kita akan banyak tidur atau kurang tidur (Insomnia).

Kalau ada diantara sahabat Seha yang sedang hadapi masalah tidur, bantu segera dapatkan kualiti tidur yang baik. Segera berdetox. InshaAllah tubuh badan akan kembali normal semula.

Kesimpulannya, ternyata detox memberikan faedah yang sangat banyak. Ia mampu memulihkan sistem badan yang sepatutnya kita miliki. Kita akan dapat semula tubuh badan yang lebih sihat dan lebih ‘bersih’.

Hargai jasad yang Allah beri sebaiknya. Badan kita nak pakai lama.

Jom detox, Seha bantu A to Z.

Annasehah
019-2292420
Jom detox!
@
Klik sahaja link Hubungi Seha 

One Comment Add yours

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s